|
 |
Saya masih kurang jelas bagaimana Power Saver
berfungsi? |
|
 |
Power Saver ini adalah satu alat khas yang
mengandungi kapasitor di dalamnya. Kapasitor ini berfungsi
untuk menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan
peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi
sebenar peralatan elektrik sedia ada.
Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau peralatan istimewa
yang boleh digunakan dengan sah dan selamat. Ia adalah
sama sepertimana anda memasang TV, peti ais, kipas angin.
Tiada yang pelik pada alat ini!
Penggunaan kapasitor untuk penjimatan dan mengawal selia
pembaziran tenaga adalah kaedah yang sudah lazim
digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga kepada
pengguna seperti
Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Semenanjung,
Sabah Electricity Sdn
Bhd (SESB)
di Sabah dan
Sarawak Electricity
Supply Corporation (SESCO)
di Sarawak.
Perbezaannya, power saver
ini adalah untuk skala penggunaan yang kecil seperti
perumahan, pejabat, dan IKS
iaitu penggunaan bulanan di antara 350kWH sehingga
10,000kWH sahaja.
Bukan sekadar penjimatan elektrik, ia juga
berfungsi sebagai penstabil voltage dimana ia dapat
mengawal kuasa yang secukupnya semasa berlaku
ketidakstabilan kuasa yang dibekalkan di rumah atau
premis anda.
|
|
 |
Apa fungsi
penstabil
voltage atau stabilizer ini? |
|
 |
Untuk
makluman,
kadar voltage yang dibekalkan di Malaysia adalah di
antara 220 - 240V. Voltage ini boleh berubah
bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Kekerapan
berlakunya ketidakseimbangan voltage boleh menyebabkan
mudahnya berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik.
Dengan adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh
power saver ini, maka
ia dapat membantu mengawal voltage tersebut agar lebih
konsisten seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat
peralatan elektrik anda.
|
|
 |
Tak salah
ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa
oleh TNB kerana mencuri elektrik. |
|
 |
Penjimatann
kaedah Power Factor adalah cara yang disyorkan oleh ST.
(Rujuk pada newsletter tips penjimatan
yang telah anda terima). Ianya
sah dan
tidak salah disisi undang-undang. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan alat
ini sama seperti alat elektrik lain seperti
TV, peti sejuk dan sebagainya. Anda tidak
perlu mengubahsuai apa-apa. Anda tak perlu
sentuh meter!
Anda harus
faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO.
Sebarang alat elektrik yang dipasang di
dalam rumah bukan menjadi tanggungjawab
mereka. Contohnya, anda memasang TV, peti
sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.
Adakah anda
perlu merujuk kepada mereka
terlebih dahulu? Mereka hanya
bertanggungjawab pada peralatan yang
dipasang daripada meter sehinggalah ke ibu
sawat. Namun pernahkah sesiapa memasang atau
menganggu peralatan mereka di tempat
tersebut? Mungkin ada mungkin tidak. Yang
ada tu siapa ye? ..yang curi kabel! :-)
Oleh itu,
adalah kesalahan besar jika anda
mengubahsuai atau menggangu peralatan mereka
bermula dari meter hinggalah ke ibu sawat.
Saya pasti anda tentu tidak akan
melakukannya.
|
|
 |
Jadi, kalau
maca tu siapa yang bertanggungjawab pada
alat elektrik di dalam rumah samada ia
selamat atau tidak? SIRIM ke? |
|
 |
Pihak yang
bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau
penggunaan sesebuah peralatan elektrik di
dalam rumah ialah Suruhanjaya Tenaga (ST).
Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bekalan
Elektrik (JBE). Bukannya SIRIM!
Semua
peralatan elektrik samada dari dalam atau
luar negara perlu mendapat pengesahan
daripada ST terlebih dahulu. Begitu juga
alat elektrik yang diimport dari luar negara
seperti dari negara China dan lain-lain.
Mesti mendapat pengesahan ST terlebih dahulu.
|
|
 |
Power
Saver ini ada pengesahan dari ST ke? |
|
 |
Ya,
sememangnya ada. Alat ini telah mendapat
pengesahan daripada ST sebelum ianya boleh
dipasarkan kepada pengguna. Sebab itulah
syarikat boleh memasarkannya.
Antara
kandungan di dalam surat pengesahan daripada
ST menyatakan bahawa alat ini adalah Non
Control Item atau Barang Bukan
Kawalan.
|
|
 |
Apa
maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan
Kawalan? |
|
 |
ST
mengkategorikan peralatan elektrik kepada 2
kumpulan iaitu Contol Item atau Barang
Kawalan dan Non Control Item atau Barang
Bukan Kawalan.
Adalah
menjadi bidang kuasa ST bahawa peralatan
elektrik yang dikategorikan sebagai Barang
Kawalan, sebarang pihak atau syarikat
pengeluar perlu mendapatkan pegesahan
daripada SIRIM terlebih dahulu sebelum
digunakan oleh pengguna.
Contoh
barang kawalan adalah seperti TV, sterika,
kipas angin, periuk nasi dan banyak lagi.
Senarai barang kawalan boleh didapati dari
syarikat ini yang dikeluarkan sendiri oleh
ST. Barang-barang ini dapat dibezakan dengan
mempunyai label (sticker) SIRIM manakala
bukan barang kawalan tidak mempunyai label
SIRIM tetapi sah digunakan.
Bagi barang
kawalan pihak pengeluar
perlu memohon kepada SIRIM dan perlu
mematuhi beberapa prosidur yang telah
ditetapkan oleh pihak SIRIM. Antaranya ialah
dengan membuat beberapa ujikaji di SIRIM.
Sekiranya
tidak berbuat demikian maka ia adalah satu
kesalahan dan peralatan tersebut adalah
berisiko kepada pengguna samada dari segi
keselamatan atau keberkesanannya.
Namun demikian
alat power saver ini adalah barang bukan
kawalan yang mana secara teknikalnya tidak
memerlukan pengesahan SIRIM, namun atas
kepentingan dan keselamatan pengguna, alat ini juga telah
dihantar untuk diuji oleh SIRIM bagi
memastikan tahap keberkesanan dan
keselematan penggunaannya.
|
|
 |
Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik? |
|
 |
Itulah
tujuan alat ini dicipta.
Keberkesanan alat ini telah dibuktikan daripada ujikaji
yang telah dilakukan sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan
ianya berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan
berfungsi dengan baik.
Tambahan pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang
menggunakan Power Saver ini, mereka telah memperolehi penjimatan kepada bil elektrik
mereka.
Penjimatan antara 10 - 20% kebiasaannya akan direkodkan
untuk penjimatan dalam keadaan biasa. Peratusan
penjimatan ini bergantung kepada jenis bebanan dan
penggunaan peralatan elektrik yang digunakan.
Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30%
direkodkan terutamanya penggunaan berhampiran
kilang-kilang dan kawasan industri dimana banyak berlaku
'power loss' pada tenaga elektrik.
Anda
tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh
jaminan wang dikembalikan, maka anda boleh membuat
tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang direkodkan.
Syarat jaminan wang dikembalikan adalah seperti yang
dinyatakan di bahagian yang berkenaan.
|
|
 |
Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat
ini? |
|
 |
Tidak, sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat seperti
ini
dapat
menghasilkan 'high energy rating equipment'. Sebagai contoh,
apabila anda membeli penghawa dingin atau mesin basuh
baru, anda ada pilihan memilih samada mesin basuh atau penghawa dingin jenis
'high energy rating' atau 'low energy rating'.
Peralatan elektrik yang
mempunyai 'high energy rating' sebenarnya akan menggunakan tenaga
elektrik yang kurang berbanding peralatan yang mempunyai
'low energy rating'.
Anda boleh melihat label
'high energy rating' ini kebiasaannya pada kotak
peralatan elektrik tersebut.
Namun demikian peralatan 'high
energy rating' adalah lebih mahal daripada 'low
energy rating'. Power Saver ini pula berfungsi sama seperti
alat elektrik 'high energy rating' tersebut.
|
|
 |
Bagaimana caranya memasang alat ini? |
|
 |
Pemasangan Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan
saja plug power saver ini ke soket 13 Amp iaitu soket yang
biasa di rumah atau premis anda. Pasangkan di soket yang paling dekat
dengan Distribution Box (DB). Kemudian 'on'kan.
Jangan gunakan penyambungan soket
tambahan atau
berkongsi soket dengan plug peralatan elektrik lain
apabila memasang Power Saver ini. |
|
 |
Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan? |
|
 |
Tidak. Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun.
Anda
tidak perlu melakukan apa-apa pengubahsuaian
atau penggantian pada komponen alat power saver ini
sepanjang tempoh penggunaan.
|
|
 |
Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik
sedia ada? |
|
 |
Tidak perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada litar elektrik
atau DB
anda. Ia sememangnya dicipta secara konsep 'plug &
play'. Plug saja ke soket anda.
Ya memang
ada alat penjimatan elektrik yang lain yang
memerlukan anda melakukan pengubahsuaian di
DB, tetapi bukan alat penjimatan power saver
ini.
|
|
 |
Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty? |
|
 |
Ya. Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan
kualiti produk, Power Saver ini mempunyai jaminan 12 bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau 'material defects'.
Anda tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak
berfungsi seperti mana biasa dalam tempoh 12 bulan
daripada tarikh beli, maka kami
akan gantikan
dengan yang baru kepada anda.
|
|
 |
Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut? |
|
 |
Skop
Jaminannya mudah. Tiada yang diselindungkan. Jika ia tidak
lagi berfungsi seperti kebiasaannya, berkemungkinan
terdapat
komponen yang rosak di dalamnya. Salah satu tanda ialah
melihat kepada lampu merah yang menyala pada Power Saver
ini. Jika ia tidak menyala ketika alat ini 'on'kan,
mungkin terdapat kerosakan komponen pada alat
ini.
Hubungi terus pejabat urusan dan hantarkan terus Power Saver
tersebut di Unit Khidmat pelangan di
pejabat urusan. Secara pos pun boleh diterima. Sertakan
bersama resit jualan atau kad jaminan anda sebagai bukti
pembelian.
Sebaik kami menerimanya, kami akan
menggantikannya dengan yang baru. Tiada kos tambahan
penghantaran. Ia PERCUMA!
|
|
 |
Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan
12 bulan?
|
|
 |
Perkara
berikut adalah kerosakan yang tiada dalam jaminan:
-
Jatuh -
samada sengaja atau tidak.
-
Diubahsuai
- luaran atau dalaman.
-
Kerosakan
disebabkan gangguan lain seperti litar
pintas atau kilat.
-
Bencana
alam - banjir atau gempa bumi.
|
 |
Saya
berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana
caranya? |
 |
Untuk membeli sangatlah
mudah. Anda boleh membeli dengan dua cara samada terus
melalui kami iaitu melalui laman web ini atau cara kedua
adalah melalui agen atau pengedar kami yang dilantik.
Untuk terus membeli
daripada laman web ini, anda hanya perlu membuat bayaran
ke dalam akaun yang dinyatakan atau mengikut kaedah
bayaran yang dinyatakan pada ruangan bayaran.
Bayaran boleh dilakukan
secara bank-in ke Maybank atau Public Bank, kad kredit,
cek, wang pos, money order atau datang sendiri ke
pejabat urusan.
Untuk membeli dari agen
atau pengedar kami, anda bolehlah menghubungi mereka
ditempat yang terdekat dengan anda.
|
|
 |
Jika
berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana?
Ada jaminan tak?
|
|
 |
Sistem
penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan selamat.
Namun
jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa penghantaran,
pesanan anda adalah
dilindungi. Jika ketika menerima alat ini anda
merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada alat
ini, sila laporkan kepada Bahagian Khidmat Pelanggan di
talian 03-8062 1947 untuk melakukan penghantaran semula.
Hubungi terus kami dan hantarkan terus
Power Saver
tersebut kepada ke
pejabat urusan. Secara pos juga diterima. Sertakan
bersama resit jualan sebagai bukti belian.
|
 |
Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi
free dulu? Kalau berkesan baru saya beli? |
 |
Memandangkan alat ini mempunyai Jaminan Wang
Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah tidak
praktikal untuk dilakukan.
Anda
tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan
jaminan wang dikembalikan sekiranya terbukti tiada
pengurangan pada bil bulanan anda.
|
|
 |
Adakah alat ini selamat? |
|
 |
Ya. Alat ini dicipta mengikut standad pembuatan yang
tinggi. Sila lihat komponen dan ciri-ciri keselamatan power
saver ini yang dipaparkan di bawah ini:

Bagi menjamin aspek
keselamatan alat ini, ia juga telah diinsurankan
dengan jaminan '1 Million Product Liability Insurance'.
Perlindungan insuran ini akan diperbaharui setiap tahun.
Ini bermakna anda dilindungi di bawah penggunaan alat
ini dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
seperti kebakaran dan sebagainya yang disebabkan oleh alat ini maka anda
dilindungi dengan tuntutan
sehingga RM1 juta.
|
|
 |
Adakah saya perlu onkan
power saver ini setiap masa? |
|
 |
Ya. Power saver model 188 dan 88 boleh dionkan setiap
masa untuk mendapatkan penjimatan yang optimum. Jangan
bimbang! walaupun ia dionkan setiap masa tetapi ia tidak
akan menggunakan lebihan tenaga kerana
ia telah diciptakan dengan teknologi sedemikian rupa.
Namun
demikian, bagi model 388, ia perlu dioffkan sama seperti
penggunaan
alat elektrik lain sekiranya anda tidak menggunakan alat
elektrik atau meninggalkan premis
dalam tempoh yang panjang.
Perhatian: Alat ini juga
menyimpan tenaga elektrik selama 10 saat selepas ianya
dioffkan. Oleh itu tunggulah selama 10 saat sebelum anda
mencabut plug daripada soketnya sebagai langkah
keselamatan.
|
|
 |
Bagaimanakah untuk menentukan model Power Saver yang sesuai untuk saya? |
|
 |
Power Saver ini mempunyai 3 model.
-
Model 88 (bil kegunaan bulanan RM50 - RM100)
-
Model 188 (rujuk jadual
di bawah)
-
Model 388
(rujuk jadual di bawah)
Model
88 adalah untuk bil elektrik bulanan antara RM50-RM100 mengikut tarif kediaman.
Model
188 pula adalah sesuai untuk penggunaan bil elektrik kurang
RM350 sebulan bagi tarif kediaman. Manakala model 388, adalah sesuai untuk
bil elektrik melebihi RM350 dan ke atas bagi tarif
kediaman.
Jadual
di bawah adalah sebagai panduan anda
mengenalpasti model yang sesuai
untuk anda.
Anda
boleh melihat kepada KWH penggunaan sebulan untuk
bil-bil tarif selain daripada tarif kediaman. Contoh
jika bil anda adalah tarif perdagangan atau perniagaan
maka anda perlu melihat kepada jumlah penggunaan KWH
bulanan untuk menentukan model yang sesuai.
|
Model
|
Penggunaan Bulanan |
Penggunaan Bulanan |
|
Single Phase |
*3 Phase |
|
Power Saver
Model 188
|
350KWH - 1,000KWH
atau
RM100 - RM350
(tarif kediaman) |
750KWH to 2,000KWH
atau
RM300 - RM800
(tarif kediaman)
|
|
Power Saver Model 388
|
500KWH - 2,000KWH
atau
RM350 - RM800
(tarif kediaman) |
1,500KWH to 6,000KWH
atau
RM600 - RM2,500
(tarif kediaman)
|
Model
388 perlu di offkan apabila hanya sedikit
sahaja alatan elektrik digunakan.
Contohnya
seperti apabila hanya peti sejuk sahaja digunakan.
Jangan bimbang, jika anda
menghadapi masalah untuk pemilihan model, sila hubungi terus pejabat kami dan kami akan membantu
anda mengenalpasti model yang sesuai untuk anda.
|
|
 |
Apakah
bezanya pemasangan untuk Single Phase dengan
3 Phase? |
|
 |
Untuk pendawaian
Single Phase anda
hanya perlu
memasang 1
unit power saver sahaja mengikut model yang
dinyatakan di atas.
Namun untuk 3
Phase, anda memerlukan 3 unit power saver
untuk dipasang pada soket setiap phase. Ini
kerana penjimatan perlu dilakukan pada
ketiga-tiga phase untuk mendapatkan
penjimatan yang optima.
Rujuk rajah
pemasangan Single Phase dan 3 Phase di bawah:
Rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase:

Single Phase
3 Phase (merah, coklat/kuning, biru)
|
|
 |
Bolehkah
ketiga-tiga model tersebut digunakan pada
Single Phase atau 3 Phase? |
|
 |
Ya boleh.
Ketiga-tiga model 88, 188 dan 388 boleh
dipasang samada pada Single dan 3 Phase. Ini
kerana pemilihan model bukan bergantung
kepada phase tetapi ianya bergantung kepada
bil atau KWH penggunaan bulanan bil elektrik
anda.
Oleh itu,
adalah penting untuk mengenalpasti jumlah
bil bulanan anda setiap bulan bagi
mendapatkan model yang betul.
|
|
 |
Apakah saiz
sebenar Power Saver ini. Besar ke atau kecil? |
|
 |
Kesemua saiz power saver adalah sama walaupun modelnya
berbeza.
Size: 126X138X80mm.
Berat: Model 188: 700g / Model 388: 800g
Lihatlah saiz sebenar hanya sebesar di atas
tapak tangan.
 
|